Resepi dan Cara untuk membuat Cupcake Coklat

Sedapnya coklat cupcake! Ok. Coklat cupcake ni antara yang paling banyak permintaan sejak saya mula menceburkan diri dengan baking kecilan ni. Rasa moist-moist dan sedap. Boleh buat untuk niaga. Sesuai dinikmati bila-bila suka. Malam pun boleh tapi jangan jerit kalau gemokkk. Hihihi

Resepi Coklat Cupcake. Bahan yang diperlukan:

  • 2 biji telur gred B.
  • 2 cawan gula castor.
  • 1 cawan serbuk koko.
  • 1 cawan minyak.
  • 1 cawan susu cair / susu segar / susu full cream.
  • ½ sudu teh garam.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu teh soda bikarbonat.
  • 2 sudu teh baking powder.
  • 1 cawan air panas.

Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati. Masukkan pada acuan cupcake. Panaskan oven 170°c selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam oven dan masak selama 40 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah.

Baca juga :  Resepi Kek Marble Red Velvet

Resepi topping coklat (coklat ganache):

  • 300g coklat compound/ coklat coin – ruby guna berly’s.
  • 200g whipping cream (UHT pun boleh, non diary pun boleh. Ruby guna value pride je).
  • 1 sudu besar butter (untuk efek nampak berkilat).

Cara menyediakannya:

  1. Dengan cara double boil, panaskan whipping cream sehingga agak-agak panas tapi jangan sampai mendidih ye. Api perlahan sahaja.
  2. Kemudian masukkan coklat dan gaul sebati. Kalau guna coklat compound, potong-potong dulu supaya cepat dan mudah cair.
  3. Bila dah sebati dan takde ketulan, tutup api dan alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi. Masukkan butter pada campuran coklat tadi dan gaul sebati.
  4. Biarkan sejuk dan coklat agak kental, barulah pipekan mengikut bentuk yang digemari. Selamat mencuba!

Share jika bermanfaat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ruby Dzul. Terima kasih.

Baca juga :  Resepi Orange Moist Butter Cake. Gebu, lembut dan bakal menjadi kegemaran anda sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.