Mesti ramai peminat kuih tradisi ni kan? Biasa terdapat waktu kenduri ataupun waktu hari raya je. Kali ni apa kata kita buat sendiri je wajik ni. Insha Allah sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 kg beras pulut.
  • 1 kg gula merah.
  • 2 cawan gula putih.
  • Santan secukupnya. Selalu saya buat sukatan 1 kg pulut, santan dalam 1/2 kg lebih sikit.
  • Daun pandan.

Cara-cara membuat wajik.

  1. Beras pulut perlu direndam selama lebih kurang 4 hingga 5 jam dan dikukus seperti biasa kemudian disejukkan.
  2. Masak gula merah dan tapis dahulu. Kemudian masukkan gula putih.
  3. Masukkan pula santan dan daun pandan.
  4. Masak sehingga agak-agak nak pekat (jangan terlalu pekat sangat) dan masukkan pulut yang telah dikukus tadi.
  5. Kemudian kacau lagi sehingga agak-agak pekat likat macam meletop-meletop gitu. Jangan terlalu pekat atau terlalu lembik.
  6. Tutup api dan masukkan dalam bekas.

Siap. Selamat mencuba semua.