Harini masak Nasi Kandar lagi. Kali kedua dah saya buat sepanjang PKP berlangsung. Jemput makan semua. Untuk kali kedua ni, saya ada improve sikit bahan yang digunakan.

Bahan-bahan dan cara menyediakanya bagi bahagian nasi.

  • Basuh beras dan ketepikan.
  • Tumis daun pandan, Rempah 3 sekawan dan serbuk kunyit menggunakan Mentega. Masukkan garam dan sedikit gula.
  • Jika ada pewarna kuning, boleh letak sedikit kunyit untuk naikkan warna.
  • Kemudian masukkan beras. Masak sebentar di atas dapur.
  • Kemudian pindahkan ke dalam rice cooker.

Cara menyediakan Ayam Goreng. Bahan bancuhan yang diperlukan adalah:

  • Tepung serbaguna Pak Lah/Bestari.
  • Sedikit tepung beras.
  • Serbuk Cili Kering.
  • Serbuk Kari Daging.
  • Sedikit Garam

Adun kesemua bahan tadi dengan air sampai kepekatan yang kita nak dan salut ayam menyeluruh dengan adunan tadi. Goreng ayam sehingga masak.

Bahan dan cara menyediakan kuah kicap dan kari.

  • Bawang Besar hiris.
  • Bawang Putih hiris.
  • Rempah 3 sekawan.
  • Ketumbar /Jintan Manis (tumbuk sikit).

Cara menyediakan adalah seperti berikut:

  1. Tumis semua sampai garing dan naik bau.
  2. Seterusnya letakkan Serbuk Cili Kering, Serbuk Kari Daging.
  3. Masukkan kentang, tomato, terung dan air. Biarkan sampai mengelegak.
  4. Kemudian masukkan Kicap Manis sampai warna kehitaman yang kita nak. Masukkan Gula, Garam dan Sos cili 3 sudu besar.
  5. Balancekan sampai dapat rasa manis-manis kicap dan pedas kari tu. Dan pada pendapat saya, kuah untuk Nasi Kandaq kelikatannya janganlah terlalu pekat atau terlalu cair.
  6. Untuk Bendi cukup sekadar dicelur sehingga separa layu dan Telur Masin perlu direbus sempurna. Maka, Siap dah Nasi Kandar kita dan boleh makan.