Kami kongsika kepada anda cara dan resepi untuk membuat Kuih Semperit Red Velvet. Bolehlah masuk dalam senarai kuih raya mesti buat tahun ini. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nadira Baharudin. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gram buttercup.
  • 1/2 cawan susu pekat.
  • 2 sudu besar pewarna merah.
  • 1 sudu besar cuka makan.
  • 3 cawan tepung jagung (ayak).
  • 2 sudu besar tepung kastad.
  • 1 sudu besar serbuk koko.

Cara membuatnya:

  1. Gaul sebati buttercup dengan susu pekat. Kemudian masukkan pewarna dan cuka.
  2. Masukkan tepung kastad dan serbuk koko. Gaul sebati. Jangan pukul. Gaul lembut je.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli. Kalau adunan masih lembik boleh tambah tepung jagung hingga doh tak melekat di jari bila digentel, dah boleh terap. Jangan sampai doh terlalu keras. Pastikan masih lembut bila ditekan.
  4. Bakar 160 darjah 30 minit, atau sehingga kuih masak sekata sampai bahagian dalam.

Tips:

  • Patahkan semperit, kalau bahagian doh tgh masih lembab masuk balik dalam oven, turunkan suhu 140 darjah dan set lagi 5 minit. Semperit yang masak sepenuhnya akan rasa ringan bila diangkat.
  • Boleh juga gantikan cuka, serbuk koko dan pewarna merah dengan 2 sb red velvet emulco.

Selamat mencuba