Alhamdulillah menjadi lagi. Resepi yang sama pernah sis kongsikan dalam group ini. Ada yang pernah buat ikut resepi sis mesti menjadikan. Cuma kali ni sis guna majerin sebab tu saja yang ada di dapur sis sekarang. Sis share balik resepi yang sis guna ya.

*Resepi Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan*

Bahan A

  • 1/2 cawan butter (resepi kali ini sis guna majerin saja).
  • 1 cawan dark chocolate Beryl’s.

Cara Bahan A

  1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
  2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.

Bahan B

  • 1 cawan gula perang.
  • 2 biji telur Gred A.

Cara Bahan B

Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja. Tidak perlu pukul hingga kembang. Guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer.

Bahan C

  • 1 cawan tepung naik sendiri*.
  • 2 sudu besar serbuk koko *.
  • Secubit garam *.

Ayak semua bahan diatas.

Cara untuk satukan semua bahan.

  1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.
  2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau).
  3. Sapukan butter pada loyang 8″x 8″. Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.
  4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk. Selamat mencuba.

Dipersilakan share resepi ya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azierah Ryan. Terima kasih.