Yeehaaa! Terubat keinginan hati ini nak makan bubur pulut hitam. Kalau beli kqt luar kurang lemak la, terlalu manis la, pulut tak masak la. Aisshhhg! Macam-macam komplain kan baik buat sendiri. Puas hati. Tak habis takpe kita buat aiskrim malaysia juga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 200g pulut hitam.
  • 500ml santan cair.
  • 2 sudu makan gula pasir.
  • 2 ketul gula perang.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 2 helai daun pandan.
  • 1 liter air putih.

Cara penyediaannya:

  1. Beras pulut tu kena rendam la sekejap. Cheyah rendam 1 jam je. Nak bagi dia kembang dan mudah masak.
  2. Kemudian, toskan. Masuk air 1 liter tadi dan panaskan atas api yang sederhana. Biarkan ia kat situ sehingga masak betul-betul pulut tu.
  3. Bila dah masak, boleh masukkan santan. Tambah daun pandan, gula melaka, gula pasir dan garam. Kacau sebati.
  4. Biarkan ia mendidih dan nampak sedikit pekat tu boleh la tutup api. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!