Salam semua. Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Mee sanggul goreng basah. Penuh kuali ni sebab saya guna 8 bungkus. Nak menjamu tetamu. Boleh makan puas-puas.

Saya ada share resepi guna 3 bungkus sahaja. Terima kasih kepada Puan Akma Abdullah untuk resepi yang terpadu ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 bungkus mee sanggul. Rendamkan dalam air dulu ya.
  • Udang secukupnya.
  • 5 biji Telur ayam.
  • 3 senduk Cili kisar.
  • 2 senduk Sos cili.
  • 1 senduk Sos tomato.
  • 1 senduk Sos tiram.
  • 1 senduk Kicap.
  • 1 ikat Sayur sawi dipotong.
  • Garam secukupnya.

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 4 biji Bawang besar.
  • 2 ulas Bawang putih.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan bahan-bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Boleh tambah air kalau pekat sangat. Kemudian masukkan garam dan masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan telur dan kacau bagi hancur. Bila telur dah masak, masukkan udang pula dan bila udang dah masak masukkan mee sanggul. Gaul bagi rata.
  4. Akhir sekali masukkan sayur sawi. Siap.

Makan nanti perah pula dengan limau. Perghhh merecik. Selamat mencuba.