Ini Cara Ekspres Dan Jimat Masak Laksa Guna Sardin Dalam Tin. Sedap weh!

Legenda cef dunia, mendiang Anthony Bourdain pernah meletakkan laksa sebagai makanan paling sedap dan luar biasa di dunia. Terdapat tiga jenis laksa utama, iaitu laksa kari, laksa Siam dan laksa asam.

Nama ‘laksa’ sendiri diambil daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘sepuluh ribu’. Sepuluh ribu merujuk kepada kiasan bahan-bahan yang dimasukkan untuk mencipta laksa.

Pelbagai cara orang kita memasak laksa, daripada cara yang dilihat sebagai rumit sehinggalah cara yang mudah. Ya, memasak laksa tidaklah sesukar mana asalkan menggunakan bahan-bahan penting dalam masakan laksa.

Ini merupakan resipi laksa ekspres dan jimat menggunakan sardin dalam tin sahaja. Tidak perlu bersusah payah merebus sardin kemudian perlu asingkan isi dengan tulang.

Bahan-bahan (untuk 3 hingga 4 orang makan):

  • 1 tin besar ikan sardin/ mackerel (apa-apa jenama).
  • Asam keping.
  • 3 sudu cili boh (ikut tahap kepedasan).
  • Daun Kesum.
  • Belacan (pilihan).
  • Sos ikan.
  • Garam secukup rasa.
  • Laksa basah
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Tandoori. Tak perlu beli lagi lepasni!

Cara memasak:

  • Lenyek/ kisar ikan sardin dalam tin bersama sedikit sosnya.
  • Kemudian, tumis cili boh/ cili kisar dan masukkan asam keping.
  • Setelah cili masak, masukkan ikan sardin tadi dan gaul sebati, seterusnya masukkan daun kesum.
  • Tunggu sehingga pecah minyak, kemudian tambah air. Jika suka kuah pekat, letak 3 atau 4 tin air dan sebaliknya. Jangan lupa perasakan dengan garam.
  • Biarkan masak selama 20-25 minit (api perlahan). Sementara itu bolehlah rebus telur dan potong bahan topping seperti bawang besar, cili, limau dan timun.

Selamat mencuba! Sumber: Cah Cicah

One thought on “Ini Cara Ekspres Dan Jimat Masak Laksa Guna Sardin Dalam Tin. Sedap weh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.