Cara untuk membuat Tomyam Santan Lemak Berkrim yang terlalu sedap. Anda pasti akan mempercayainya selepas mencuba.


Tomyam santan lemak berkrim memang lain daripada yang lain, korang wajib cuba resepi ni! Resepi ini telah dikongsikan oleh Masakmasak. Terima kasih. Jika anda adalah pemilik sebenar resepi ini mohon komen ya. Kami akan kreditkan kepada anda nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Beberapa ketul hirisan ayam.
  • 3 ekor udang.
  • 1 ekor sotong.
  • Lengkuas.
  • 2 batang serai.
  • 3-4 helai daun limau purut.
  • 1 pek Pes tomyam.
  • 1 biji limau nipis.
  • Akar daun ketumbar.

Cara-cara untuk menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan tumis setengah pek tomyam. Lagi setengah pek simpan dulu.

2. Bila dah pecah minyak, masukkan tulang ayam, kepala udang, serai, lengkuas, akar daun ketumbar. Jangan lupa basuh bersih akar daun ketumbar. Itu secret ingredient nak bagi tomyam lagi sedap.

Baca juga :  Resepi Bihun Goreng Tomyam yang akan buat akan makan bertambah-tambah.

3. Bila dah kesemua tu gaul sebati, letak santan. Separuh kotak pun dah cukup.

4. Gaul kan sebati. Biarkan seketika. Kemudian masuk kan air dan biar kan ia mendidih.

5. Selepas mendidih baru lah boleh letak bahan-bahan yang lain seperti udang, ayam dan sotong tadi. Dan jangan lupa daun limau purut dan perahan limau nipis. Kalau sukakan lagi masam, boleh perah lagi banyak. Lagi separuh baki pes tomyam tu, masa ni boleh letak. Dan sebelum tutup api, perasakan dengan garam dan gula.

6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.