Cara untuk membuat Sos Miang Pla Pao Thai. Apa sahaja yang dicicah automatik licin dek kesedapannya!

Memandangkan ramai yg minta resepi sos miang pla. Saya kongsikan di sini. Saya izinkan share jika berkenan. Semoga bermanafaat.

Cara untuk makan sos miang pla poa ni biasanya dimakan bersama Ikan Talapia bakar bersalut garam dan mee hoon dibalut dengan salad dan dicicah dengan sos hijau Thai yang terangkat tau boleh dicicah bersama makanan yang lain. Resepi Sos Miang Pla Pao ini telah dikongsikan oleh Puan Salwati Osman.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 hingga 6 ulas Bawang putih.
  • 5 hingga 6 biji lada kecil. Yang suka pedas boleh tambah.
  • 3 -4 sudu besar nise kabung / gula kabung.
  • Akar dan daun ketumbar secukupnya.
  • Garam secukupnya.
  • Kicap sotong sedikit.
  • 2 biji limau nipis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk rencah-rencah akar daun Ketumbar, kemudian tumbuk bawang putih dan lada kecil.
  2. Apabila dah lumat, masukkan nise kabung, tumbuk lagi sehingga sebati. Apabila dan lumat, masukkan sos sotong dan sedikit garam kemudian seimbangkan rasanya.
  3. Perahkan limau nipis secukup rasa. Gaul-gaul je dalam lesung tu. Bila dah mesra, kaup balik dan letak dalam mangkuk.
  4. Kacau rata, Jangan lupa letakkan daun ketumbar yang dipotong kecil-kecil. Dah siap.
Baca juga :  Cara membuat Ayam Goreng Berempah Mamak Style

Sosnya jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Just nice je orang kata. Baru padu. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.