Beli tak sama dengan buat sendiri. Rasa buat sendiri lebih sedap dan puas daripada beli tomyam dikedai. Kami kongsikan satu resepi untuk menghasilkan pes tomyam yang pekat dan sedap hasil perkongsian Puan Norashikin Hasan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 2 biji bawang besar.
  • 4 batang serai (letak lebih kalau serai kurus).
  • 2 biji cili hidup merah.
  • 5 hiris lengkuas.
  • 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum).
  • 4 sudu makan udang kering.
  • 10 ekor ikan bilis.
  • 4 inci belacan.
  • 3 sudu cili kering siap dikisar.
  • Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa.

Cara untuk menyediakan Pes Tomyam ini:

  • Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar sampai lumat.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak. Guna api yang perlahan. Waktu ini bau tomyam akan naik.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa, dan gula perang. Kacau hingga sebati.
  • Tutup api. Masukkan garam asli (saya suka pakai garam asli sebab ianya bersifat detox, boleh buang toksin berlebihan dalan badan).
  • Apabila pes dah sejuk masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. Guna bila nak masak tomyam nanti.

Jadi, tunggu apa lagi, jom cuba buat cara mudah buat pes tom yam homemade ni. Jangan lupa share ye.