Zaman sekarang jarang orang buat kuah pecal tumbuk guna lesung batu. Sis suka tumbuk rasanya lagi sedap dengan lemak kacang. Ada ke geng pecal dalam ni? Kak mariam share ye resepinya untuk semua cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Untuk Isi Pecal

  • Kangkung dicelur.
  • Pucuk Paku dicelur.
  • Pucuk Ubi dicelur.
  • Kacang Panjang dicelur.
  • Bihun dicelur.
  • Sengkuang potong kecil.
  • Tauhu Basah digoreng dan dipotong.
  • Timun potong kecil.

Untuk Kuah Pecal

  • Minyak masak.
  • *Kacang Tanah.
  • *Belacan.
  • *Cili Kering (kalau nak tambah cili padi pun boleh).
  • *Udang Kering atau Ikan bilis.
  • Asam jawa.
  • Perasa seperti garam dan gula.
  • *Bawang putih kalau lebih lagi sedap.
  • * Bawang besar dan bawang kecil.
  • Air.
  • Kalau nak tambah cekur pun boleh. Lagi sedap.

Cara untuk membuatnya:

  1. Bahan isi pecal mudah disediakan, hanya celur dan toskan.
  2. Untuk membuat kuahnya pula, semua bahan-bahan kuah yang bertanda * perlu digoreng dahulu dan dikisar.
  3. Sebelum itu kisar kacang dahulu berasingan dengan bahan lain. Kisar kacang dengan air sehingga halus. Kalau ditumbuk lagi sedap.
  4. Masukkan kacang kisar dalam mangkuk dan kisar pula bahan-bahan lain seperti bawang, belacan, udang kering, ikan bilis dan cili kering yang digoreng tadi.
  5. Campur bahan tadi bersama kacang yang dikisar kemudian kacau dan tambah perasa seperti garam dan gula. Jika kuah agak pekat, tambah air panas dan kacau.
  6. Masukkan air asam jawa ke dalam kuah dan kacau. Bila kuah sudah siap, hidangkan bersama bahan-bahan yang sudah dicelur tadi.

Selamat mencuba resepi cara kak mariam.

p/s : Jika anda Kak Mariam pemunya resepi ini mohon pm admin untuk kami masukkan kredit ke facebook puan. Terima kasih.