Cara untuk membuat Nasi Tomato. Sedap dimakan bersama Ayam Masak Merah dan Acar Nanas!

Kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat Nasi Tomato.

Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Nursaadah Mohd Rasim. Resepi ni adalah resepi ala-ala lauk kenduri. Hehe selamat mencuba ya semua. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah.

Bahan A (Perlu dikisar)

  • Bawang besar 4 biji.
  • Bawang kecil 10 biji.
  • Bawang putih 4 ulas.
  • Halia 1 1/2 inci

Bahan B (Untuk ditumis)

  • Minyak masak 1/2 cawan.
  • Minyak sapi 200 gram.
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis 1 batang, bunga lawang 3 ketul, buah pelaga 5 biji, cengkih 5 biji).
  • Daun pandan 1 helai (ikat simpul).
  • Pangkal batang daun sup (1 pokok).
  • Serai 3 batang (diketuk).
  • Tomato masak (1 biji potong kecik).
  • Tomato puree (1 tin kecik).

Bahan-bahan yang lain adalah;

  • Air (sukatan sama banyak dengan beras).
  • 2 kg beras basmathi (kami guna faiza moghul parboiled) – dicuci bersih, rendam sekejap & ditoskan.
  • Susu cair 1/4 tin.
  • Yogurt Nestle Natural 3 sudu.
  • Gajus (disangai dulu).
  • Kismis.
  • Pewarna kuning telur.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cili Jeruk yang rangup dan penambah rasa terbaik untuk makanan anda.

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak + minyak sapi.
  2. Tumiskan bahan B & bahan A, dah naik bau wangi masukkan kismis & kacau sekejap. Masukkan tomato potong.
  3. Masukkan tomato puree. Masukkan air biarkan menggelegak + susu cair.
  4. Masukkan garam+gula+perasa secukup rasa.
  5. Tuangkan beras + sedikit sunquick (optional) gaulkan biar mesra.
  6. Hampir nak kering masukkan yogurt + gajus + sedikit daun sup (optional) + renjiskan sedikit pewarna.
  7. Biarkan sekejap & kaup 2-3 kali shj (supaya nasi tak hancur).
  8. Tutup periuk biarkan sehingga nasi masak sekejap + SIAP.

Resepi ni nasi dimasak di dalam periuk atas dapur. So, kena pandai jaga api. Jangan guna api besar terutama bila dah masukkan beras. Selamat mencuba!

Baca juga :  Cara buat Kuih Lapis Acuan Bunga Sakura yang comel dan pastinya memikat selera kita semua!

Related posts:

One thought on “Cara untuk membuat Nasi Tomato. Sedap dimakan bersama Ayam Masak Merah dan Acar Nanas!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.