Cara untuk membuat Nasi Goreng Cili Api yang sangat berbaloi untuk dicuba. Ringkas tapi padu.

Kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua satu resepi mudah iaitu resepi Nasi Goreng Cili Padi.

Resepi ini sangat ringkas tapi jangan pandang rendah pada kesedapannya. Silap-silap masak lagi sekali nanti. Terima kasih kepada Puan Zafirah Zainoddin yang sudi berkongsi resepi yang sangat berbaloi ini.

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk adalah:

  • Cili api secukupnya. Mengikut kepedasan yang dikehendaki.
  • Cili masak secukupnya.
  • Bawang kecil dan Bawang putih secukupnya.

Telur yang telah digoreng dahulu digaul bersama nasi dan kicap sotong. Baru la rasa lemak-lemak bila makan nanti.

Rupa bentuk nasi yang telah digaul bersama telur goreng dan kicap sotong. Nampak menarik kan? ni pun dah kecur air liur. Belum rasa yang dah siap nanti.

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Nasi Air Pantai Timur. Pasti tak cukup semangkuk nanti.

Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau dan layu.

Taraaa dah siap!! Nasi goreng cili api meletop. Ringkas tapi kalau dah rasa baru tau kesedapanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.