Sarapan kami pagi ni. Ni resepi simple kita share sekali untuk anda semua. Cubalah. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Aida Bani. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ½ cawan tepung beras.
  • ½ cawan tepung gandum.
  • 1 cawan nasi dikisar.
  • 1 ½ sudu teh yis.
  • 1 cawan air.
  • 4 – 5 sudu besar gula.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan santan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan kesemua bahan kecuali santan. Kemudian perapkan selama 1 jam.
  2. Bila dah siap perap masuk santan. Tengok adunan dah mengembang tu boleh dah la masukkan santan.
  3. Saya masak guna pemanggang ajaib ja. Selamat mencuba.