Cara untuk membuat Nasi impit Goreng / lontong darat. Bakal menjadi kesukaan anda sekeluarga!


Kami nak konsgsikan cara untuk membuat Lontong/ketupat/nasi impit goreng Johor yang diberikan oleh Puan Za Ahmad.

Macam-macam gelaran di beri. Masakan ringkas, mudah dan mnegenyangkan. Musim PKP ni makan apa je yang ada. Kawan-kawan boleh pelbagaikan ikut bahan yang ada. Masakan kegemaran family saya ni tau.

Cara mudah untuk membuat Resepi lontong goreng Johor:

  1. Nasi impit ikut banyak mana yang anda kehendaki. Mula-mula panaskan minyak.
  2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili. Ikut suka banyak mana bahan yang digunakan macam nak masak nasi goreng. Nak sedap kena lebih dan tumbuk ya. Tumis sampai naik minyak. Kalau nak nampak warna menarik boleh tambah lada kering yang dikisar.
  3. Masukan ayam yang sudah dicincang. Kalau tak letak pun tak pe boleh letak ikan bilis yang dah tumbuk atau seafood kesukaan korang.
  4. Masukkan air sikit dan tunggu sehingga ayam masak ya. Takut kering sangat nanti tak sedap.
  5. Selepas tu masukan bahan wajib Kicap manis, sos tiram dan sos tomato. Sukatan boleh ikut la sesedap rasa korang. Kalau tak nak masin boleh lebihkan sos tiram.
  6. Boleh masukkan tauge ke, sayur ke sebagai penambah rasa. Akhir sekali, masukkan nasi impit dan gaulkan dan goreng macam korang masak nasi goreng.
  7. Ok Siap!! Boleh makan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bubur Nasi bersama Sambal Garing Ikan Bilis. Memang tak menoleh dah kalau makan ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.