Cara untuk membuat Cucur Garing Rangup berserta Tips. Menu sarapan dan minum petang yang sempurna

Resepi asal sepatutnya ada udang yang halus atau pun kita panggil udang rencah tu. Tapi udang rencah tak ada pulak dalam peti ais. So kita guna apa yang ada je la ye. Sebab tak ada udang dalam bancuhan ni tak boleh la kita panggil cucur udang ya. Tapi jangan risau, walaupun tak ada udang cucur versi ni tetap sedap.

Cucur resepi ni garing di luar, lembut di dalam. Krup krap krup krap! Makan pulak panas-panas. Serious sedap! Terima kasih kepada Puan Marina Ismail kerana berkongsi resepi sedap yang sangat mudah ini. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 biji bawang besar dihiris.
  • 1 biji lada merah di potong dadu.
  • 1 ikat daun kucai di potong lebih kurang 1 inci.
  • 1 gengam taugeh.
  • 1 biji tomato di potong dadu.
  • 1 tin jagung.
  • 1 biji telur.
  • 2 – 3 cawan air.
  • ½ sudu teh soda bikarbonat.
  • ½ sudu teh gula.
  • Garam secukup rasa.


Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campur semua bahan-bahan kecuali air.
  2. Masukkan air sikit demi sikit hingga semuanya sebati dan adunan tidak terlalu pekat dan terlalu cair.
  3. Gaul rata ketepikan rehatkan bancuhan cucur sekejap dalam masa 15 miinit.
  4. Letakkan adunan dengan sejemput tangan ke dalam minyak untuk dapatkan saiz yang kecik comel.
  5. Boleh juga gunakan senduk ataupun sudip untuk dapatkan size cucur yang besar.
  6. Goreng di dalam minyak panas dengan api perlahan supaya cucur menjadi garing. Toskan minyak dan siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara dan Resepi untuk Membuat Kuey Teow Theng. Sedap dan padu bak hang. Cubalah!

Tips Tambahan:

  1. Goreng cucur dalam minyak yang sederhana panas untuk pastikan dia rangup. Minyak yang tak panas akan jadikan bancuhan cucur ‘makan minyak’ dan kalau minyak terlalu panas pulak akan sebabkan cucur jadi cepat hangit.
  2. Adunan cucur ikut kesukaan kita, samada suka cair atau pekat. Kalau nak cucur yang garing, buat adunannya cair sikit, kalau suka pejal sikit, bancuhan biar pekat sikit.
  3. Telur dan soda bikarbonat antara bahan yang penting untuk dapat cucur yang lembut. Ada yang bancuh dengan air panas, tapi kak M guna air coway suhu bilik tu saja. Mudah tapi tetap menjadi.
Baca juga :  Ada roti lebih? Jom kita buat cucur roti ni. Pakai roti Gardenia je dah sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.