Cara untuk membuat Ayam Masak Oren Sunquick Chinese Style. Padu beb!

Kami nak kongsikan kepada anda resepi oleh Puan Maryam Hussain ni. Memang padu la beb! Rugi sangat kalau anda semua tak cuba. Jangan ingat sunquick hanya untuk minuman je tau. Masak pun boleh dah pastinya hasil dia memang tersangat sedap. Menurut pemilik resepi ni lagi;

Senang sangat nak buat menu gini. Kurang minyak, tanpa gula. Perlu sedikit garam dan beberapa bahan saja. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Rasa dan bauan oren tu buat ketagih je nak tambah nasi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 ketul ayam.
  • 1 biji bawang holland – dipotong dadu.
  • 2 ulas bawang putih – dicincang.
  • 1 sudu kecil lada sulah.
  • 1 sudu sunquick perisa oren.
  • 1 sudu sos cili.
  • 1 sudu kicap manis.
  • 1 sudu sos ikan.
  • Sedikit tepung jagung.
Baca juga :  Resepi Bihun Tomyam Pekat Piaw. Senang je nak buat. Jom la cuba!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Perapkan ayam anda yang telah dibersihkan bersama oren sunquick, garam dan lada sulah. Gaulkan sehingga sebati ayam tadi bersama tepung jagung dan goreng hingga bertukar warnanya kepada keemasan. Kemudiaan angkat dan ketepikan sekejap.
  2. Panaskan kuali bersama satu sudu minyak. Tumiskan bawang holland, bawang putih dan lada sulah hingga naik bau.
  3. Masukkan sunquick, sos cili, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga semuanya sebati dan serasi. Perasakan agar semuanya seimbang.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga kuah melekat dan menyaluti keseluruhan ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas bersama keluarga tersayang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Berempah yang garing dan menasyikkan. Padu beb!

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.