Cara untuk membuat Apam Puri Berinti Kastard. Sesuai untuk sarapan pagi anda.

Cara untuk membuat Apam Puri Berinti Kastard. Sesuai untuk sarapan pagi anda. Teima kasih kepada empunya resepi asal iaitu Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan-bahan untuk membuat Inti Kastard:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 3 cawan air.
  • ¾ cawan gula.
  • 2 sudu besar tepung kastard.
  • Secubit garam.
  • Pewarna kuning.

Cara membuat inti kastard:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak dan kacau sehingga adunan menjadi pekat dengan menggunakan api yang perlahan.
  2. Bila dah siap, boleh angkat dan sejukkan.

Bahan-bahan untuk membuat kulit Apam Puri:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 3 cawan air.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat.
  • Secubit garam.
  • Sedikit pewarna yang anda sukai.
Baca juga :  Nak jadikan Apam Susu anda lembut dan gebu. Ini rahsianya!

Cara-cara untuk membuat Apam Puri:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan kacaukan sehingga sebati.
  2. Kemudian tapiskan adunan tadi ke dalam bekas lain dan masukkan pewarna yang kita suka.
  3. Panaskan pan dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan dan tunggu sehingga masak.
  4. Angkat dan letakkan di atas acuan karipap. Kemudian letak inti kastard di tengah-tengah dan tekap macam buat karipap.

Siap! Lepas bancuh adunan saya perap 5 minit. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.