Cara mudah untuk membuat Lepat Labu. Kuih tradisional yang mengimbau kenangan lama.

Hari ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Lepat Labu. Kuih ni memang kuih kesukaan sepanjang zaman dek kesedapan dan mudah untuk dibuat.

Terima kasih Puan Haslindawati Omar kerana berkongsi resepi lejen ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 1 biji labu di kupas kulit, di kukus & di lecek.
  2. 1/2 cawan tepung gandum.
  3. 1 cawan tepung beras.
  4. 1/2 cawan santan pekat.
  5. Sedikit garam.
  6. Gula secukup rasa.
  7. Kelapa parut putih sahaja dan dicampur sedikit garam untuk inti.
  8. Daun pisang yang telah di layur di atas api.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kedua-dua tepung bersama gula ke dalam labu yang telah dilecek tadi. Gaul hingga sebati kesemuanya. Jika adunan lembit sangat tambahkan sedikit tepung beras sahaja. Gaul kembali hingga sekata.
  2. Letakkan 2 sudu adunan tersebuat di atas daun pisang. Kemudian, letakkan inti kelapa ditengah-tengahnya dan bungkus elok-elok.
  3. Panaskan pengukus terlebih dahulu dan seterunsya kukus lepat tadi shingga masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng rangup berjus. Menu kegemaran semua terutamanya anak anda.

Selamat melepat dan mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.