Sambal tomato goreng atau sambal ayam penyet. Boleh dimakan bersama nasi panas dan ayam goreng. Memang terangkat abes la sambal ni. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 labu bawang besar.
  • Segenggam cili hijau / cili kampung.
  • Segenggam cili merah.
  • 3 biji cili besar merah dan hijau.
  • Sebiji tomato besar.
  • 2 inci belacan.

Cara untuk membuatnya:

  1. Basuh dan toskan semua bahan. Goreng sehingga agak lebam.
  2. Kemudian kisar bersama minyak tadi. Tumis semula bahan yang dikisar, masukkan perasa garam, gula atau ajinomoto. Masak sekejap je.
  3. Sedia untuk dihidang. Bole simpan dalam 2-3 minggu kalau tak habis. Tahan diluar sehingga seminggu.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mimie Azlim. Terima kasih.