Jom tengok resepi yang kami kongsikan ini untuk cara membuat Putu Bambu dengan mudah di rumah. Bahan pun bahan-bahan yg ada di rumah je. Resepi ini sukatan untuk buat sikit je. Kalau nak buat banyak just gandakan bahan-bahannya.

Bahan-Bahanya yang diperlukan

  • 2 cawan tepung beras.
  • 1 cawan air.
  • Gula merah.
  • Daun pandan.
  • Garam sikit.

Cara-Caranya membuatnya:

  1. Masak air di dalam periuk letakan daun pandan dan sedikit garam.
  2. Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan dah naik tutupkan apinya.
  3. Tunggu airnya sejuk sedikit.
  4. Di dalam bekas yg lain, letak tepung beras, masukkan air yg di masak tadi dalam 13 sudu besar makan.
  5. Gaul tepung tu sampai jadi mcm serbuk roti.
  6. Ayakan tepung guna penapis yg lubangnya agak besar. Penapis kecik susah nk ayak.
  7. Seterusnya apabila sudah siap ayakan tepung, masukkan sikit tepung tadi ke dalam acuan lompang. Ingat, jangan tekan tepung tu bagi padat ya.
  8. Kemudian, letak pula gula merah, tambah tepung balik lagi sedikit.
  9. Kukuskan di dalam 15 – 20 minit.
  10. Tudung periuk kukus tu letakan kain ya. Kalau tak nanti air kukusan masuk pula ke dalam putu bambu kita.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Insya Allah *Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Faidhatul Arfah Ahmad melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.