Siapa suka makan Pajeri Nanas. Menu ni kena masak awal supaya dapat peram lama sikit nanas tu dalam kuah, biar dia serap semua rempah-rempah baru sedap untuk dimakan nanti. Kredit gambar kepada Puan Suzana Othman.



Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 bji nanas dipotong bulat atau sfera (saya rebus sekejap dalam air yang sedikit).
  • Minyak untuk menumis.
  • * 3 ulas bawang putih (dihiris nipis).
  • * 3 ulas bawang merah (dihiris nipis).
  • * 2 tangkai daun kari.
  • * 4 sekawan (Bunga Cengkih, Bunga Lawang, Buah Pelaga dan Kulit Kayu Manis).
  • 3 sudu makan rempah kari daging.
  • 3 sudu makan kerisik.
  • 1 cawan santan pekat.
  • 3 sudu makan gula putih.
  • 5 sudu makan gula merah (dicairkan dan ditapis).
  • air dan garam secukupnya.



Cara-cara penyediaan masakan Pajeri Nanas:

  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan bertanda * sehingga garing.
  • Masukkan rempah kari daging dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit air, kerisik, gula putih dan air gula merah.
  • Dah mendidih masukkan nanas dan air rebusan nanas tadi.
  • Masukkan santan, tambah air jika terlalu pekat.
  • Akhir sekali, perasakan garam secukupnya.

Siap untuk dihidang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zaihanififie Abu Bakar melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.