Cara membuat Kuih Buah Melaka


Onde Onde atau Kuih Buah Melaka ni memang sedap dimakan. Bayangkan bila kuih ni meletup di dalam mulut sambil mengeluarkan air gula melaka tu. Perghh sedapnya. Jadi kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Buah Melaka. Selamat mencuba.

Resepi dan bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung pulut *
  • 2 sudu besar tepung gandum *
  • 1 sudu kecil garam *
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 cawan air pandan (kisarkan daun pandan)
  • Kelapa parut 1/2 biji (putih sahaja)
  • Daun pandan untuk merebus
Baca juga :  Resepi Ni Viral Kerana Kesedapannya. Jom Rasa Kuih Onde-onde berinti Coklat bersalut Nestum.

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan semua bahan bertanda * dengan air pandan. Air pandan masuk sikit-sikit ye
  2. Gaul sebati sampai tepung menjadi doh dan tak melekat di tangan.
  3. Bulat-bulatkan dan masukkan gula melaka yang dah dipotong kecil-kecil.
  4. Rebus sampai timbul. Toskan air seketika, kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang dah diletak sedikit garam.
  5. Siap dan boleh dihidangkan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Dya Shamsuddin melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Baca juga :  Petua Mengira Sukatan Air yang lengkap Untuk Masak Agar-Agar.

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.