Petang-petang macam ni teringin nak makan bahulu panas mana nak cari time PKP ni jom kita buat sendiri je guna 3 bahan je. Boleh makan untuk berbuka nanti. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
  • 3 biji telur ayam.

Cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan telur ayam dan gula sampai gebu sikit. Kemudian baru masukkan tepung gamdum.
  2. Panaskan sandwich maker atau waffle maker dan sapukan sedikit minyak dipermukaan.
  3. Masukkan adunan tadi dan tunggu sehingga masak. Sekejap je tu. Resepi ni boleh dapat lebih kurang 12 biji.

Selamat mencuba.