Cara membuat Kuih Bahulu acuan Ikan

Bahulu ikan buat hantaran. Guna acuan yang legend ni. Masih ramai yang minat rupanya kuih bahulu ikan ni rupanya. Jom cuba buat sendiri jom.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Badariah Abd Rahman. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 cawan telur. Dalam 20 biji telur grade B.
  • 4 cawan gula pasir. Nak cantik gula tadi dijemur dahulu.
  • 5 cawan tepung gandum disangai / jemur dayak terlebih dahulu.
  • Perasa vanila/ros/pisang atau sedikit serbuk kayu manis. Ikut sukalahkan nak guna yang mana.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bom berinti Sambal Ikan.

Cara untuk membuatnya:

  1. Mix gula dengan telur hingga kembang gebus.
  2. Masukkan perasa dan tepung sikit-sikit. Kalau nak warna, ambil sedikit adunan untuk diletakkan warna.
  3. Bakar sehingga masak pada suhu 200 darjah api atas dan bawah.
  4. Acuan sapu minyak ye dan panaskan terlebih dahulu.

p/s: Untuk sukatan. Guna cawan yang sama. Kalau cawan tu kecil muat telur 3 ke 4 biji telur. Gunakan juga untuk sukatan gula dan tepung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.