Cara untuk membuat Kerabu Ikan Bilis

Hari ini saya sediakan kerabu ikan bilis buat keluarga. Sedap!!! Kami kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Kerabu Ikan Bilis sebagai pembuka selera ketika berbuka ataupun bersahur. Selamat mencuba.

Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api. Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.

Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam. Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.

Baca juga :  Nakkan Sambal Kicap yang Power? Ini cara lengkap untuk membuatnya.

Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.

Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.

Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozi Abdul Razak melalui Facebook Menu Apa Hari Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.