Cheezy Potato Wedges ala-ala KFC untuk anda semua cuba. Resepi dan cara untuk membuatnya ada dibawah. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 kilo ubi kentang cuci bersih.
  • 2 sudu makan tepung gandum.
  • 2 sudu makan tepung jagung.
  • 2 sudu makan breadcrumb.
  • 1 sudu teh serbuk kari.
  • Sedikit garam.

Cara untuk menyediakannya:

  1. Potong secara menegak ubi kentang dan gaul bersama garam & kukus lebih kurang 10 minit.
  2. Toskan ubi kentang dan gaul bersama tepung gandum, tepung jagung, breadcrumb & serbuk kari.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga perang.
  4. Angkat dan tuangkan cheezy sos.

Sos cheezy wedges ala-ala KFC. Walaupun ala-ala tapi rasa, warna & tekstur sama tau. Cheese tu betul-betul rasa. Yang nak buat meniaga meatball, ayam cheese pun boleh.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 gelas susu fullcream @ susu cair.
  • 1/2 ketul keju cheddar(beqa).
  • 2 sudu butter.
  • 1 sudu teh serbuk cili.
  • 1 ketul kiub ayam.
  • 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air).
  • 1 gelas air.
  • Sedikit pewarna kuning @ oren.
  • Sedikit gula.

Cara untuk membuatnya:

  1. Cairkan butter masukkan kiub ayam, serbuk cili dan air.
  2. Kacau sebati hingga larut dan masukkan susu cair, tepung gandum, keju dan pewarna (sentiasa kacau supaya tak berketul).
  3. Masak hingga keju cair dan sedikit pekat.
  4. Simpan dalam bekas bertutup boleh masukkan dalam peti ais.