Cheyah duk story pasal lengkuas harini sebab nak buat ayam goreng lengkuas bodo-bodo gini la. Sedap ngap dengan sambal meraung sekejap lagi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil).
  • 4 inci lengkuas.
  • 2 batang serai.
  • 1 inci halia.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 3 biji bawang merah.
  • 1 sudu besar ketumbar.
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 2 sudu kecil gula.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaannya:

  1. Satukan semua bahan kecuali serbuk kunyit. Kalau ada kunyit hidup lagi sedap. Cheyah talde. So blanderkan yang mana ada.
  2. Masukkan ke dalam ayam. Tambahkan serbuk kunyit, garam dan gula. Gaul sebati.
  3. Panaskan ayam seketika. Masak guna api sedehana sehingga ayam separuh masak dan rempah tu meresap ke dalam ayam.
  4. Goreng ayam sehingga kekuningan dan masak. Dah siap! Senangkan. Masak senang je janji makan tu sedap gila. Eh.

Selamat mencuba.