Cara membuat Ayam Goreng Ala-ala 4Fingers

Punya teringin nak makan tapi stillĀ  tak berani nak keluar especially mall so gigih buat sendiri ja. Tapi sumpah, rasa sebijik, rangup dia apa semua sama sebiji. Kalau tak percaya anda boleh cuba buat.

Nahhh, saya share resepi cara buat dia. Puas buat sendiri. Ketagih nanti.

Bahan -bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 hingga 15 ketul kepak ayam.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1/4 cawan kicap cair (cap kipas udang).
  • 1/2 cawan air.
  • 1/4 gula melaka.
  • 1/2 Sudu besar srbuk lada hitam.
  • 2 Sudu besar serbuk cili.
  • 2 Sudu besar madu.
  • 1 Sudu besar cuka.
  • Tepung Jagung.
  • Garam.

Cara untuk membuatnya;

1. Cara Goreng Ayam.

Gaulkan ayam dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam (garam tu jangan banyak sangat sampai termasin lebih pula). Kemudian sadurkan semua ayam 1 per 1 dalam tepung jagung sampai bersalut penuh (tekan-tekan sikit supaya tepung lekat elok). Goreng ayam sekejap lebih kurang dalam 10 minit (agak salutan dah tak nampk bertepung). Angkat ayam toskan dan tunggu sekejap kemudian sadurkan sekali lagi ke dalam tepung jagung dan goreng semula buat kali kedua. Masa ni goreng sampai kekuningan dan sampai ayam yang disadur jadi rangup nahhh. Dah siap boleh angkat ayam dan ketepikan untuk buat kuah salutan dia pula.

Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Ayam Goreng masak sambal Hijau. Padu dan enak untuk menu berbuka anda!

2. Cara buat kuah salutan.

Tumiskan bawang putih hingga kekuningan (minyak sikit ja lebih kurang 1 sudu besar). Masukkan kicap, air, madu, gula melaka dan serbuk cili. Kacau sebati hingga mendidih. Kemudian masukkan cuka. Kacau hingga tekstur jadi sedikit pekat (jangan terlampau pekat sangat sebab makin sejuk nant dia akan makin pekat). Dah nampk pekat tu boleh tutup api. Time dah agak suam tu boleh tuang sedikit demi sedikit keatas ayam yang telah siap digoreng tadi sambil gaul rata. Nak lebih boleh tuang lebih dan kalau ada lebihan kuah salutan boleh simpan. Next kalau nak buat lagi boleh goreng ayam dan gunakan kuah salutan yang sedia ada sahaja.

SELAMAT MENCUBA.

Baca juga :  Sarapan apa esok? Kalau belum ada menu jom cuba Nasi Goreng Thai. Puas hati punya!

*Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Anis Atokman melalui Facebooknya di Group Masak Apa Hari Ini dan diolah semula untuk penyesuaian pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.