1pagi baru dapat dating dengan suami makan Yong Tau Foo homemade sebab anak baru lena tidur. Ingatkan la susah nak buat kuahnya, selalu pergi makan sampai belas-belas ringgit, sekali buat haa hijau nak menghabiskannya.

Ada yang suka makan Yong Tau Foo jugak ke macam kami laki bini?

Bahan untuk membuat Sos Kuah Hitam:

  • 2 ulas bawang putih.
  • Cili padi (ikut kepedasan masing-masing).

**Tumbuk kemudian tumis sekejap dgn minyak sikit.

  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu besar tepung gandum.
  • 1 sudu besar taucu.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos masam manis.
  • 2 sudu besar kicap pekat manis.
  • 3 sudu besar gula melaka.
  • 1⅓ cawan air.

Caranya, Kisar semua bahan diatas sampai halus, masak guna api kecik sampai kuah memekat dan meletus-meletus kecil. Siap!

Bahan untuk membuat Sos Kuah Merah:

  • 1 ulas bawang putih tumbuk.
  • 2 sudu besar cili kisar.
  • **Tumis dalam 2-5 minit.
  • ¼ cawan kacang tanah yang dah digoreng.
  • ½ sudu besar tepung gandum.
  • ½ sudu besar tepung jagung.
  • 1½ sudu besar sos masam manis.
  • 2 sudu besar gula.
  • 1½ cawan air.
  • Garam.

Caranya pula, Kisarkan kesemua bahan diatas sampai halus, masak guna api kecik sampai kuah memekat dan meletus-meletus kecil. Siap!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Amalina Abidin. Terima kasih.