Cara dan Resepi untuk membuat Solok Lada. Puas hati buat sendiri!


Solok Lada. Makan lauk ni saja pun dah best giler. Mau tambah nasik 2-3 pinggan weii. Mohon izin nak share resepi kat sini ya. Mungkin ramai yang dah tahu dan otai2 belaka, tapi Sis nak share jugak mudah2an dapat memberi manfaat pada nubis2 macam Sis. Resepi ni ada 2 cara, iaitu guna ikan mentah atau yang direbus.

Sis rebus je ikan tu sebab senang dan cepat sikit nak proses. Tapi kalau nak senang dan super cepat tak payah buat ya puan2 sekelian, beli je!

Bahan-bahan Resepi Solok Lada:

  • 15 biji Cili besar.
  • 1/3 biji Kelapa ditumbuk.
  • 2 cawan santan separa pekat.
  • 3 ekor ikan rebus, buang tulang (tumbuk).
  • 4 biji Bawang merah (tumbuk).
  • 3 biji Bawang Putih (tumbuk).
  • 1 sudu kecil Lada hitam (tumbuk).
  • Sedikit Halia ditumbuk.
  • 3 helai Daun pandan.
  • Gula dan garam.
Baca juga :  Cara membuat Ikan Pekasam. Resepi yang perlu ada menjelang Ramadan!

Cara-cara membuat solok lada:

  1. Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.
  2. Gaul kelapa, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.
    Sumbat kelapa yang sudah digaul kedalam cili.
  3. Lapik periuk dengan daun pandan & susun solok lada yang telah ada inti diatasnya. Tutup dengan daun pandan.
  4. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada.
  5. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok lada kelihatan dah masak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.