Siap Memasak Nasi Ayam Penyet. Boleh la buat makan tengahari nanti. Bagi yang nak cuba boleh lah, ni saya kongsikan resepinya.

Resepi dan bahan untuk membuat Cabai Penyet:

  • Bawang Besar 1 Labu.
  • Bawang Putih 3 Ulas.
  • Cabai Merah 4 Biji.
  • Cabai Melaka Hijau 20 biji.
  • Tomato 3 Biji.
  • Belacan Sikit (Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh).

Goreng Bahan-bahan Cabai penyet tu macam dalam gambar. Dah layu toskan minyaknya. Boleh blender atau tumbuk. Saya Tumbuk ja. Masukkan perasa sesedap Rasa.

Bahan untuk Ayam Goreng

  • Tepung Gandum 4 Sudu besar.
  • Tepung Jagung 4 Sudu besar.
  • Kunyit sikit ditambah Rempah Kari Daging Sikit dan Perasa.

Gaulkan Ayam tadi dengan bahan diatas dan goreng.

Bahan untuk Tempe.

Hampa p beli hat siap kat kedai. Balik Goreng ja.

Bahan ulamannya

  • Salad.
  • Kacang Panjang.
  • Timun.

Ringkas-ringkas je caranya. Selamat Mencuba semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Jida Jat. Terima kasih.