Mesti anda suka makan sengkuag calit ni kan. Tepi jalan pun dah banyak yang menjual. Memang memori sungguh. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Kata beliau;
Pagi-pagi lagi kita letak gambar Sengkuang Calit Sos Merah biar semua terliur tengok. Rasa pedas-pedas manis masam wangi bau kacang dengan rangup sengkuang. Adoi meleleh air liur weh. Nah Resepi Sengkuang Sos Calit Merah untuk anda semua cuba.
Bahan-bahan untuk membuat Sos Merah:
- 2 cawan sos merah jenama Buah Labu.
- Sedikit Asam Jawa Adabi.
- 2 cawan sos cili.
- 1 1/2 cawan gula.
- sedikit belacan besar ibu jari.
- 3 sudu besar cili kering di mesin.
- 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
- Kacang tanah yang telah dihancurkan untuk hiasan.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Campurkan kesemua bahan kecuali tepung jagung dan masak diatas dapur.
- Bila dah agak masak tambahkan tepung jagung dan biarkan pekat sedikit. Bila dan pekat tutup api dan biarkan ianya sejuk.
- Potong sengkuang yang nak dimakan dan sapukan sos merah. Jangan lupa taburkan kacang tumbuk diatas sos tadi. Baru sedap.