Sos karamel atau nama lainnya, gula hangus sering dijadikan topping untuk kek, fudge, ais krim dan pelbagai juadah pencuci mulut. Jika mahu membeli sos karamel yang sedia ada, kadang kala tidak habis digunakan sehingga menyebabkan pembaziran. Namun, apabila mahu buat sendiri sos karamel pasti selalu tidak menjadi terutama bagi mereka yang pertama kali mencubanya.
Proses membuat sos karamel ini, yang pentingnya kena pandai adjust suhu dan masa. Ditambah pula perlu ada banyak kesabaran untuk menunggu gula bertukar perang tetapi apabila sudah berubah warna, cepat pula gula menjadi hangus.
Cara-cara membuat sos karamel dengan betul, Bahan-bahanya:
- 1 cawan gula castor
- 1/2 cawan heavy cream
- 1/3 cawan mentega sejuk
- 4 sudu besar air
- 1/2 sudu besar garam
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara membuat:
- Masukkan air dan gula ke dalam periuk.
- Buka api perlahan dan sederhana, didihkan sambil goyangkan periuk supaya gula dan air sebati (jika pakai senduk, boleh melekat dengan gula).
- Jangan terburu-buru kuatkan dan perlahankan semula api. Memang lama sedikit untuk larutkan gula.
- Tunggu sampai gula cair sepenuhnya dan akan mula bertukar perang tetapi hati-hati jangan sampai kelihatan hangus.
- Kemudian masukkan mentega sejuk dan kacau sebentar.
- Masukkan heavy cream dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya dan sebati.
- Didihkan sekejap sambil dikacau lagi di tepi periuk. Sebab kadang-kadang apabila masuk mentega sejuk dan krim, gula akan ada yang membeku sikit.
- Kacau sehingga betul-betul sebati dan kelihatan halus tekstur sos karamel itu. Masukkan garam dan esen vanila kemudian kacau lagi.
- Apabila sudah siap, biarkan sejuk sebelum disimpan dalam botol.
* Letak dalam botol kaca supaya tahan lebih lama dan simpan dalam peti ais. Apabila mahu menggunakan sos, biarkan kejap pada suhu bilik.
Selamat mencuba!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan EynaAbdullah. Terima kasih ya.