Resepi sarapan pagi yang mudah. Cara untuk membuat Roti Puri yang menyelerakan.


Pagi ni kami sarapan roti puri dan sambal sardin. Resepi roti puri cara saya. Mudah je nak buat. Senang, cepat dan paling penting kenyang kami sekeluarga.

Bagi yang nak mencuba, kami kongsikan resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Dewi Jamaliah Kamsiar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu makan marjerin.
  • 1/2 cawan air sejuk dari chiller.
  • 1/2 sudu kecil garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan tepung gandum dan marjerin hingga menjadi seperti serbuk roti. Uli dengan air sejuk yang dicampur garam sehingga tak melekat di tangan.
  2. Kemudian tutup dan rehatkan doh dalam 15 minit. Selepas itu, bentukkan bulat mengikut saiz yang dikehendaki dan canaikan.
  3. Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak panas dengan api sederhana besar. Saya bulatkan sebesar bola pingpong. Doh ini dapat menghasilkan 10 keping roti puri.
Baca juga :  Oren Sunquick Ni Sedap Rupanya. Tak Percaya Anda Boleh Cuba Resepi Ayam Masak Oren Sunquick Chinese Style ni. Memang Padu!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.