Resepi Sambal Ketuk. Menu Pembuka Selera

Dah muak makan ayam gulai atau daging rendang? Jangan risau.

Inilah resepi paling senang, cepat dan sedap untuk suami buat. Mesti nanti makan sehingga menjilat jari atau pinggan tambahan waktu hujan-hujan ni hihi. Sambal ketuk dengan nasi panas-panas berasap. Inilah nikmat perut namanya.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang putih 3-5 ulas atau suka hati.
  • Cili api ikut suka hati.
  • Ikan bilis segenggam atau suka hati juga.

Cara menyediakannya pula adalah seperti berikut:

  1. Saya campak semua dalam kuali. Goreng sampai separuh masak atau layu sikit. Baik-baik cili meletup. Masuk mata menangis.
  2. Kemudian pindahkan kedalam lesung batu tumbuk. Kalau tak ada lesung batu guna pengisar pun boleh. Guna pengisar kering tu.
  3. Tumbuk dengan padu. Rasakan dengan garam sikit. Alaslah dengan kain. Malulah jiran dengar haha.
  4. Siap. Hidang dengan nasi putih panas-panas dengan ikan goreng garing. Alhamdulillah.
Baca juga :  Cara untuk membuat Keli Salai Masak Lemak Jantung Pisang. Resepi yang padu dan memikat selera anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Shah Abd Kadir. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.