Resepi Sambal Bilis Garing

Kami kongsikan kepada ada cara-cara untuk menyediakan Sambal garing ala-ala che nor.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang putih yang telah dihiris.
  • Bawang besar yang telah dihiris.
  • Cili kering
  • Garam, Gula, Ajinomoto secukupnya.

Bahan-bahan diatas ini tiada sukatan. cukup sekadar agak-agak mengikut kehendak sendiri.

Cara-cara untuk membuatnya pula adalah seperti berikut:

  1. Potong cili kering kemudian tapis dan buang bijinya. Letak tepi sekejap supaya ianya kering.
  2. Panaskan kuali goreng untuk menggoreng ikan bilis sehingga garing. Pastikan jangan terlampau garing. Goreng just nice sahaja. Apabila siap di goreng, ketepikan dahulu ikan bilis tersebut.
  3. Minyak goreng ikan bilis tadi jangan dibuang. Tambah minyak baru kemudian gorengkan pula cili kering tadi. Goreng cili kering pastikan api jangan kuat dan kena selalu kacau untuk mengelakkannya hangit. Agak cili tadi dah garing boleh angkat dan toskan minyaknya.
  4. Bila cili kering tadi dah sejuk, baru boleh dikisar menggunakan pengisar kering.
  5. Ganti minyak baru sikit sahaja sekadar cukup untuk menumis bawang. Tumis sampai garing baru masukkan cili kering yang dah dikisar tadi. Tumis gunakan api yang perlahan sahaja.
  6. Masukkan gula, garam, sedikit ajinomoto mengikut selera anda tetapi perasa mestilah seimbang baru sedap.
  7. Kalau rasa cili tu dah masak dan dah garing elok boleh la tutup api. Tunggu sehingga sambal tu sejuk baru anda gaulkan bersama dengan ikan bilis. Kalau gaul panas-panas nanti ikan bilis tidak akan rangup dan menjadi lemau.
Baca juga :  Cara membuat Ikan Keli Goreng Berlada

Info Tambahan. Jangan letak air langsung kedalam masakan anda kalau tak nanti ikan bilis goreng tidak akan berasa rangup dan cepat lemau. Terima kasih kepada tuan empunya resepi iaitu Puan Cik Lin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.