Ini cara untuk membuat Puff Ayam Cendawan Berkeju. Menu minum petang terbaik untuk anda cuba!. Puff ni saya buat 3-4 hari yang lepas. Saya guna puff pastry jenama kawan. Rasa ala-ala beli kat kedai bakery gitu.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 peket puff Pastry jenama Kawan.
- 1/2 peket isi ayam.
- 3 batang sosej.
- 1 biji bawang holland (potong dadu).
- 3 ulas bawang putih (dicincang).
- Sedikit capsicum hijau & merah (potong dadu).
- 1/2 cawan susu segar.
- 1 tin soup campbell (tin kecil).
- 1 sudu besar serbuk lada hitam.
- Sedikit garam.
- Sedikit butter/
- Sedikit keju mozarella/cheese slice.
- Egg wash (kuning telur+ sedikit air/susu).
Cara-cara untuk membuatnya:
- Panaskan butter tumiskan bawang. Bila dah layu masukkan isi ayam dan sosej.
- Bila dah masak, masukkan sup campbell, susu segar, garam sedikit. Masukkan lada hitam, capsicum dan perasakan. Masak hingga pekat dan tutup api.
- Sediakan puff pastry, letakkan inti atas puff dan sedikit cheese.
- Kelar bahagian atasnya dgn pisau. Tutup puff, guna garfu tekankan tepi puff hingga habis.
- Letakkan dalam dulang pembakar dan sapukan egg wash. Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar selama 25- 30 minit.
Dah siap. selamat mencuba !