Ni saya jual, paling laku, tapi time PKP ni saya tak jual, jadi ramai tanya, saya share resepinya ya. Selamat mencuba. Puding Pisang Bersos Kastard.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Pisang nangka di goreng dengan sedikit Planta.
- Sos kastard.
- 1 tin susu cair.
- 1/2 tin air.
- 1 biji kuning telur.
- 2 Sudu besar tepung kastard.
- 2 Sudu besar gula pasir.
- Sehelai daun pandan disimpul.
Cara membuatnya:
- Masak semua bahan sehingga pekat.
- Bila dah suam masukkan bahan tadi ke dalam peti ais.
- Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring, tuangkan sos kastard tadi dan taburkan sedikit kismis. Bahan hiasan terpulang pada masing-masing.
Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Linda Zaid. Terima kasih.