Resepi Lengkap untuk membuat Kuih Seri Muka Durian

Seri muka durian. Pokok durian depan rumah dah luruh. Seri muka loyang 9×9 ni perlukan semangkuk saja isi durian. Ni resepinya. Mesti menjadi punya.

Bahan untuk bahagian bawah:

  • 2 cawan pulut (rendam at least 1 jam).
  • 2 cawan santan cair.
  • 1/2 sudu teh garam.
  • 1/2 sudu makan gula.
  • 1 sudu minyak.

Kukuskan kesemua bahan diatas yang telah diadun bersama lebih kurang 25 – 30 minit. Tekan-tekan untuk bagi padat dan rata.

Bahagian untuk bahagian kepala:

  • 1 biji telur.
  • 1 cawan gula.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung kastard.
  • 1 sudu makan tepung beras.
  • 1/2 sudu teh garam.
  • 1 cawan durian.
  • 2 cawan santan.
  • Sedikit pewarna kuning.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Nona Manis versi Durian. Lembut dan rasa lemak-lemak masin manis!

Blend semua bahan sampai halus. Boleh masak untuk naik wap saja. Saya tak buat step tu. Lepas blend terus curah dalam loyang isi pulut tu tadi. Kukus dengan api kecil lebih kurang 30 – 40 minit. Penutup periuk tu jangan lupa lapik dengan kain. 5 minit terakhir kukus dengan penutup periuk di buka. Sejukkan dulu sebelum potong. Masya Allah sedap betul kuih ni. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.