Resepi Kek Chiffon Pandan Kelapa

Suka tak makan kek chiffon? Kalau tau tekniknya mudah je nak buat. Perasanya pun boleh dipelbagaikan. Kek chiffon ni teksturnya soft, lembut dan ringan.

Saya sharekan resepi kek chiffon pandan kelapa. Resepi untuk Loyang besar 10 inci ya.

Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 3/4 cawan gula kastor.
  • 6 biji telur gred A @ AA.
  • 1 sudu besae ovellete (membukit).
  • 1/3 cawan air.
  • 1 sudu besar double acting baking powder.
  • 1 sudu besar santan kotak (saya pakai Kara).
  • 1 sudu besar emulco pandan kelapa.

Bahan B:

  • 1/4 cawan minyak masak ditambah 1 sudu besar lagi (Kalau ade penimbang sukat 60gm).

Cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan A. Putar kelajuan maksima hingga kembang. Kalau diterbalikkn bekas, adunan tak jatuh.
  2. Masukkan bahan B, kaup balik sahaja. Tak perlu kacau beriya. Kalau tak, kek akan jatuh bila masak.
  3. Alas loyang dengan baking paper. Tak perlu sapu minyak. Kalau tidak kek akan mengecut apabila masak. Kek ini untuk Loyang 10 inci (besar). Jika mahu buat saiz kecil, separuhkan sukatan semua bahan dan guna Loyang 8 inci sahaja.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 45 hingga 50 minit api atas dan bawah.
  5. Setelah masak terus terbalikkan atas redai. Biarkan 10 minit baru keluarkan kek dari loyang.
Baca juga :  Resepi Bread Butter Pudding (Versi Bakar)

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Imah Halimah. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.