Resepi dan cara untuk membuat Rendang Ayam paling sedap untuk anda.


Rendang ayam memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Nak-nak bila ada musim perayaan ataupun kenduri kendara pasti ada menu ni. Kami nak kongsikan kepada anda resepi yang diberikan oleh Zaky Mat Ali.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ayam.
  • 2 cawan santan.
  • 2 sudu kerisik.
  • 2 asam keping.
  • 1 helai daun kunyit diracik halus.
  • 3 helai daun limau purut dihiris kasar.
  • Minyak untuk menumis.
  • Garam & gula secukup rasa.

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 20 biji cili kering.
  • 2 biji bawang besar.
  • 4 biji bawang merah.
  • 9 ulas bawang putih.
  • 4 batang serai.
  • 3 inci kunyit hidup.
  • 3 inci halia.
  • 3 inci lengkuas.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan santan dan ayam. Gaul rata kesemuanya.
  3. Masukkan pula kerisik dan kacau rata. Selepas tu baru masukkan garamĀ  dan gula. Seimbangkan rasa supaya tidak terlalu manis atau terlalu masin.
  4. Bila kuah dah menjadi agak pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  5. Gaul rata hingga semua sebati dan masak sehingga sedap mata memandang. Ada yang suka rendangnya basah-basah berkuah dan ada yang suka rendangnya kering.
  6. Bila dah siap tutup api dah boleh dihidangkan. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang. Lauk yang memang padu tak terkata!

One thought on “Resepi dan cara untuk membuat Rendang Ayam paling sedap untuk anda.

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.