Resepi dan cara untuk membuat Nasi Goreng Budu yang akan membuat anda tersenyum sendiri.


Kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat Nasi Goreng Budu yang akan membuat anda tersenyum sendiri. Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Hajar Mohd;

Malam ni masak nasi goreng saja. Resipi ni selalunya mak kakak yang masak. Memandangkan banyak jalan tersekat tak boleh balik kg. Kakak masaklah sendiri sebagai tanda lepaskan rindu. “Mak, kakak rindu Nasi Goreng Budu mak.”

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Budu secukupnya.
  • Bawang putih dan bawang merah dicincang.
  • Udang secukupnya.
  • Ikan panggang tawar / ikan rebus secukupnya.
  • Telur ayam 3 biji.
  • Satu batang serai dihiris nipis.
  • Cili api dipotong.
  • Lada hitam yang ditumbuk secukupnya.

Semua bahan diatas boleh anggarkan sendiri mengikut saiz nasi yang mahu digoreng. Boleh juga tambah ayam,sotong dan lain-lain.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Selepas tumbuk biji lada hitam tadi. Anda boleh terus tumbuk hancur isi ikan panggang / ikan rebus tadi. Jika suka isi ikan kasar kasar, tidak perlu tumbuk hancur. Cukup sekadar ala kadar je.
  2. Panaskan kuali dan minyak untuk menumis bawang yang telah dicincang tadi. Kemudian masukkan udang.
  3. Apabila udang telah separuh masak, masukkan budu. Saiz budu adalah mengikut tahap masin yang anda gemari.
  4. Masukkan telur. Pada kali ini, kita gunakan 3 biji telur ayam. Setelah telur masak, masukkan hirisan timun. Jika tiada timun. Masukkan carrot pun tak mengapa.
  5. Ketika ini,terus masukkkan isi ikan dan lada hitam yang di tumbuk tadi. Garam dan perasa pun letak masa ni. Aroma lada hitam dan isi ikan sangat wangi.
  6. Masukkan cili api, serai kedalam kuali tadi dan sambung masak.
  7. Masukkan nasi dan kacau sehingga sekata. Pernah termakan nasi goreng sekejap tawar sekejap masin rupanya chef tu tak gaul rata.
  8. Siap. Kaup letak dalam mangkuk. Masa study kat jepun dulu, kami di rumah sewa tiada mangkuk, selamba kawan kakak letak dalam besen. Sedapnya makan ramai ramai dalam besen sebab tiada pinggan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Cili Api yang sangat berbaloi untuk dicuba. Ringkas tapi padu.

Selamat mencuba.

One thought on “Resepi dan cara untuk membuat Nasi Goreng Budu yang akan membuat anda tersenyum sendiri.

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.