Resepi dan Cara untuk Membuat Nasi Daging. Menu Popular dari Utara!

Happy lunch today. Sebelum ni pandai makan je nasi daging. Tapi selepas melihat pelbagai resepi kawan-kawan  share. Teringin nak mencuba. Ni cara saya ye. Setelah dicuba, memang sedap lah pulak. So nilah hasilnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 pot beras Basmathi.
  • 1/2 ke 1 kg daging.
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi.
  • 1 sudu besar rempah kurma.
  • 1 sudu besar rempah kari.
  • 2 bawang besar & bawang putih (hiris).
  • 1 inci halia (hiris).
  • 3/4 biji rempah 4 beradik.
  • 1 biji kecil tomato.
  • 4 pot air rebusan daging.
  • Garam/ pati kiub ayam secukup rasa.
  • 3 helai daun pandan.
  • Minyak sapi @ majerin.

Cara-cara membuatnya:

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya. Basuh beras dan toskan.
  2. Tumis halia, 4beradik serta bahan hiris didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  3. Masukkan air rebusan daging dan susu cair (mengikut sukatan di atas). Masukkan daging perisakan dengan garam.
  4. Tutup periuk & tunggu nasi masak. Sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Nakkan Sambal Kicap yang Power? Ini cara lengkap untuk membuatnya.

Resepi Air asam Kerisik:

  1. Bahan untuk diblend Cili merah, cili padi , separuh tomato dan bawang, belacan, sedikit air.
  2. Campurkan bahan yg diblend tadi dengan hirisan bawang dan tomato.
  3. Tambahkan gula+garam+air perahan limau nipis+kerisik.
  4. Ikut sesedap rasa. Dah siap. Simple kan. Selamat mencuba ye.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Shai Anne Ahemed. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.