Resepi Daging Danok dan Sos Ala Thai. Power dengan setiap gigitan!

Ni resepi siapa, ibu pun tak tau. Tapi ibu nak ucap terima kasih kat dia sebab tak sangka jadi punca pencarian ibu di bulan ramadhan tahun ni. Dia punya killer adalah sos. Tahun ni tak dapat menguli samperit cheese unicorn sebab oven rosak. Alhamdulillah, Allah turunkan rezeki lain.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulaikha memalui Facebook Masak Apa Hari Ni.

Bahan untuk Perapan Daging

  • Daging 500 gram.
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat.
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk lumat.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 4 sudu sos tiram.
  • 3 sudu sos ikan.
  • 4 sudu brown sugar.

Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perap. Kalau ikut tuan punya resepi, dia perap selama 4 hingga 5 jam tapi ibu perap dari malam sebelumnya. Kemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam oven. Paling mudan guna Periuk Pemanggan Ajaib je.

Baca juga :  Ada penggemar Singgang Budu Daging dan Tulang. Rasanya memang sedap dan terbaik punya!

Bahan untuk membuat Sos Ala Thai

  • Bawang putih ditumbuk.
  • Cili api ditumbuk.
  • 3 sudu sos tiram.
  • 2 sudu sos ikan.
  • 3 sudu brown sugar.
  • Bawang merah hiris nipis.
  • Cili api dihiris.
  • Air perahan limau nipis.
  • Daun ketumbar dihiris halus.

Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaiakan kesemua rasa dengan selera anda. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.