Meh akak tempek resipi. Mudah dan cepat. rasa juicy gitu. Yang ni resipi berbeza bahan – bahan pun lain. Selamat mencuba ya.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Merpati Putih. Terima kasih.
Bahan – bahan yang diperlukan adalah:
- Ayam / daging (ikut citarasa).
- Sos Lada Hitam Kimball (Dalam pack senang dan jimat).
- Serbuk Rosemary herbs.
- Serbuk tyhme herbs.
- Serbuk lada hitam.
- Garam.
- Gula ( kena lebih ).
- Campur air panas / air suam sikit je.
Cara untuk membuatnya:
- First sekali kena la basuh ayam / daging tu bersih-bersih. Selawat semua Hehehe.
- Pastu ambik sos lada hitam kimball tu buh dalam bekas. Kalau pekat tambah air panas atau suam.
- Lepas tu kacau bagi sebati masuk perasa iaitu garam, serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam dan juga gula. Gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging tu.
- Pastuh kacau la sampai dah sebati semua baru masukan ayam / daging. Perap semalam kalau nak sedap.
- Then bakar la dalam oven ke air fryer ke. Kalau rajin tu p la bakar kat luar buat bara api tu.
- Suhu guna air fryer 200°c selama 17 minit.
Dah masak tu ikut suka la nak makan dengan apa pun. Selamat mencuba.
Need more receipe
Tolong bagi kredit ke pemilik asal.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=172757531032079&id=103329224641577
meamng kita ada letak kredit kepada pemilik asal resepi tersebut.