Resepi Ayam Percik menggunakan Air Fryer. Pantas dan semestinya sedap macam beli di bazar!

Mesti ada antara pembaca yang mempunyai Air Fryer di rumah. Apa kata kali ni anda cuba buat Ayam Percik dengan hanya menggunakan Air Fryer anda. Terima kasih kepada Puan SuiSan Aliezsha untuk resepi ini.

Bahagian untuk Ayam.

  1. Cili kering, bawang besar, bawang putih, serai dan halia. Semua bahan ini perlu dikisar halus ya.
  2. Sedikit gula merah, gula pasir dan garam.
  3. Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan cili kemudian masukkan pula gula merah, gula pasir dan garam.
  4. Apabila dah mendidih, rempah akan jaid pekat barulah dimasukkan ayam. Masak ayam tadu setengah masak sahaja kemudian angkat ayam dan perap seketika. Masa nak bakar dah boleh cucuk dengan lidi. Bakar menggunakan Air Fryer pada suhu 200 darejah selama 10 hingga 15 minit.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Mudah dan terlajak sedap.

Untuk menyediakan kuah percik pula adalah seperti berikut:

  1. Cili kering, bawang putih dikisar.
  2. Sos cili, gula merah, gula pasir dan 1 sudu besar tepung jagung.
  3. Panaskan kuali atau periuk. Masukkan cili kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga cili masak.
  4. Kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat.
  5. Pastikan gula garam secukup rasa. Jika ada bijan campur je dalam kuah tu. Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.