Resepi Ayam Bakar simple. Walaupun simple rasanya paling sedap tau!

Sejak mencuba resepi ni, As dah tak cari resepi lain dah. Senang nak prepare tapi hasil marbeles. Dah tak yah masak lauk lain dah. Hidang ngan nasi panas-panas, boleh abis 1/2 ekor sorang makan. Jom check out bahan-bahan dan caranya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Asrinna Bakri. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • ½ ekor ayam – potong 2.
  • 2 inci halia.
  • 6 ulas bawang putih.
  • Sos tiram Maggi secukupnya.
  • Madu secukupnya.
  • Maggi Cukup Rasa atau secukupnya.
  • Lada hitam secukupnya – tumbuk kasar.
  • 2 biji ubi kentang – belah 2.
  • 1 batang karot dan Tomato. Sayur ni terpulang korang nak masukkan apa waktu bakar nanti.
  • Sedikit minyak zaitun.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus. Dalam baking tray, lumurkan ayam dengan bahan tumbuk, lada hitam, maggi cukup rasa, madu, sedikit minyak dan garam.
  2. Masukkan sayur-sayuran. Gaul sekali dengan bahan perapan. Perap selama 30 minit ke satu jam.
  3. Bakar pada suhu 200° selama 50 minit. Suhu bergantung pada oven memasing. Pada 25 minit terakhir, balikkan ayam.
  4. Pada 10 minit terakhir, sapukan madu pada permukaan ayam. Hasilnya, permukaan ayam akan lebih menarik.
    Semasa menghidang, keluarkan kuah yang terhasil . Jadikan sebagai sos pencicah untuk makan bersama ayam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuey Teow Ladna bersama Cili Kicap yang enakk digandingkan bersamanya!

Boleh juga gaulkan sedikit kuah dengan spagetti. Makan bersama ayam. Perghhh, memang sedapp sangat. Makan dengan nasi panas lagi sedap.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.