PetuaTip Buat Kuih Cakoi Yang Bersarang Cantik & Kembang. Kena Peram Dulu Baru Goreng

Hidangan kuih cakoi ini selalu dimakan waktu pagi dan petang. Cicah dengan seri kaya pandan memang terbaik rasanya. Cakoi di pagi hari, bahannya mudah cuma peram semalaman untuk dapat hasil rongga bersarang yang cantik. Ini resipi cakoi Cina dari dapur Melayu.

Lagi sedap kalau dapat cakoi yang isinya berongga atau bersarang dan tak liat walau dah sejuk. Nak dapatkan cakoi sebegini memang ada cara yang kena praktikkan. Caranya dikongsi oleh Nur Nabilah Jailani.

Cara buat cakoi (Chinese breadstick):

  • 1 ½ cawan tepung gandum.
  • 3 sudu teh baking soda.
  • ½ sudu teh gula.
  • 1/4 sudu teh garam.
  • 3 sudu makan minyak masak.
  • ½ cawan air.

Cara membuat:

  1. Campur semua bahan-bahan dan uli dalam 3-4 minit. Tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.
  2. Uli semula adunan doh 9-10 minit (saya guna tangan saja).
  3. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman (8-9jam). Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.
  4. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam kemudian bolehlah dibentuk dan goreng seperti biasa.
  5. Semasa mengoreng kena selalu pusingkan cakoi, baru cakoi mengembang dengan jayanya.
Baca juga :  Resepi Kek Pisang yang pastinya melengkapkan kudapan petang anda!

Cara buat srikaya pandan (ala Boat Noodle):

  • 1 ½ cawan susu cair.
  • Pes @ esen pandan sedikit.
  • Garam secubit.
  • 1 ½ sudu makan tepung kastard.
  • 3-4 sudu makan susu pekat.
  • Pewarna hijau sedikit.

Cara membuat:

Campur semua bahan dan masak di atas api yang perlahan sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar. Waktu memasak adunan kena sentiasa dikacau.

Selamat mencuba! Sumber: Nur Nabilah Jailani.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Baca juga :  Cara untuk menyediakan perapan untuk masakan BBQ Grill yang padu dan menyelerakan!

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.